Monday, 27 January 2014

LATIHAN MERENTAS DESA SKPP18(1) 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adalah dimaklumkan latihan merentas desa yang terakhir akan diadakan pada hari Rabu bersamaan 29/1/2014 . Latihan merentas akan dijalankan pada waktu petang. Harap semua warga pelajar skpp18(1) dapat menghadiri sesi latihan pada esok hari sempena KEJOHANAN MERENTAS DESA SKPP18(1)  yang akan diadakan pada 5/2/2014.

Antara laluan trek pelajar skpp18(1) sempena KEJOHAHAN MERENTAS DESA SKPP18(1) TAHUN 2014


TREK A, KATEGORI A (TAHUN 5&6) LELAKI

TREK A, KATEGORI B (TAHUN 5&6 PEREMPUAN)

TREK B,KATEGORI C (TAHUN 3&4 LELAKI)       

TREK B, KATEGORI D (TAHUN 3&4 PEREMPUAN)

Wednesday, 22 January 2014

PENGENALAN UNIT KOKURIKULUM SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)

PENDAHULUAN

Aktivti Kokurikulum adalah berperanan membantu pencapaian kokurikulum dalam sistem pendidikan.  Program yang terancang akan dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Penyusuan program yang rapi dan bersistematik menjamin kecemerlangan yang baik di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.



AKTIVITI KOKURIKULUM UNTUK SEMUA


KONSEP

Merupakan satu program yang telah dirancang dengan teliti dan tersusun mengikut kehendak SK Putrajaya Presint 18(1).  Dengan tenaga pengajarnya yang dedikasi diharap dapat membentuk sikap murid-murid yang berketerampilan dan bertanggungjawab untuk melahirkan insan yang berwawasan.


MATLAMAT
  • Dapat mendidik murid-murid yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan, berdikari serta berdaya maju, bersikap positif dalam amalan kehiduapan berkualiti.
  • Dapat menguasai pembelajaran kendiri dengan menguasai kemahiran asas dalam pergerakkan unit kokurikulum.
  • Dapat mencungkil minat murid yang berkebolehan supaya mencapai kejayaan yang cemerlang.
  • Dapat melahirkan murid-murid yang berdisiplin,optimis, mempunyai harga diri serta berhemah tinggi.


OBJEKTIF

  • Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (J.E.R.I)
  • Meningkatkan bakat dan potensi murid-murid mengikut minat.
  • Membentuk sikap yang positif terhadap aktiviti kokurikulum.
  • Mewujudkan suasana yang menyeronokkan serta memberi kepuasan.
  • Memperkenalkan dan meningkatkan kemahiran asas.
  • Dapat mengisi masa lapang secara berfaedah.
  • Dapat meningkatkan kecergasan dari segi fizikal dan mental.
  • Mewujudkan kerjasama antara murid, guru, ibubapa dan masyarakat.
  • Dapat menjaga disiplin dengan baik.